Saturday, April 4, 2009

Surat Rasmi: Permohonan

Nurul Hidayah Bte Mustapha
Blok 404, Canberra Link
#05-126
Singapura 751404

2 April 2009

Ahli Jawatankuasa
Majlis Bandaraya Utara Singapura
606 Woodlands Civic Centre
#06-198
Singapura 730606

Tuan

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN KEWANGAN

' Merujuk kepada perkara di atas, ingin saya nyatakan bahawa saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian saya sekeluarga.

2. Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita sedang menghadapi kemelesetan dan kegawatan ekomomi dan telah menjejas kehidupan seharian ramai keluarga yang berpendapatan rendah. Keluarga saya turut terjejas.

3. Saya perlukan bantuan ini kerana pertama sekali bapa saya selaku pencari nafkah utama telah dibuang kerja. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan baru namun setakat ini usaha beliau tidak membuahkan hasil. Ibu saya pula tidak dapat keluar bekerja kerana beliau menghidapi penyakit ginjal. Beliau harus menjalani rawatan dialisis yang memerlukan perbelanjaan yang banyak. Beliau hanya setakat bisa membuat epok-epok dan menjualnya tetapi hasil yang diperolehi tidak mencukupi.

4. Saya mempunyai lima orang adik-beradik yang masih menuntut ilmu. Kami mempunyai masalah membayar yuran persekolah kami, apatah lagi membeli perkakas sekolah seperti buku latihan. Saya terpaksa keluar mencari kerja sambilan untuk membantu namun ianya tidak mencukupi.

5. Saya harap permohonan ini diluluskan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,
Nurul Hidayah



(Ahli kumpulan: Nurul Hidayah, Siti Maryam, Nabilah)

0 Comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home